SOALAN LAZIM MENGENAI : DENDA DAN GANTIRUGI
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Situasi bagaimanakan LAD boleh dikenakan? Bagi kontrak yang melepasi tarikh penyiapan dan setelah Perakuan Kerja Tak Siap dikeluarkan.  
2. Berapa lamakan LAD perlu dikenakan? Bergantung kepada prestasi kerja kontraktor. Walaubagaimanapun SO perlu menimbangkan perkara berikut untuk menyiapkan projek tersebut: a) LAD akan dikenakan sehingga projek disiapkan. b) Sekiranya kemajuan tidak memuaskan,  SO hendaklah mengambil langkah utk menamatkan kontrak
3. Apakah tindakan Pegawai Penguasa sekiranya kontraktor tidak melanjutkan tempoh insurans dalam tempoh LAD? Pegawai Penguasa hendaklah melanjutkan bagi pihak Kerajaan dan kontraktor, dan memotong nilai premium serta on cost charges sebanyak 5% dari mana-mana wang yang kena dibayar atau genap masanya dibayar kepada kontraktor. 
4. Sekiranya pengecualian LAD diberi kepada kontraktor, bilakah amaun LAD dikembalikan? Jumlah pengecualian amaun LAD adalah dikira semasa penyediaan Perakuan Muktamad. 
5. Bolehkah arahan Perubahan Kerja dikeluarkan dalam tempoh LAD? Boleh tetapi tidak digalakkan. 
6. Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku hujan lebat luar biasa (inclement weather) dalam tempoh LAD? Memandangkan kontraktor telah diberi tempoh yang mencukupi sejajar dengan kontrak segala risiko hendaklah ditanggung oleh Kontraktor (No man shall profit from his wrong). 
7. Adakah kontraktor perlu memohon (dengan mengemukakan surat)untuk pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan 100% /baki 50% selepas Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan? Tidak perlu 
8. Mengapa maklumat yang telah diisi tiada dalam paparan SMATRAK? Cth: Rekod Utama Projek Maklumat "SST telah tandatangan dan dikembalikan oleh Kontraktor?" adalah BELUM  
9. Mengapa terdapat 'error' pada paparan setelah mengisi Rekod Utama Baru projek? Kerana telah ada rekod utama menggunakan Nombor Kontrak yang sama 
10. Mengapa rekod kemajuan bayaran interim yang telah direkodkan tidak mengikut susunan Tarikh penilaian bagi setiap rekod tidak diisi sepenuhnya 
11. Bagaimana untuk menutup akaun jika kontraktor tidak dapat dikesan. Tindakan menutup akaun boleh diteruskan tanpa menunggu kontraktor dikesan. Walau bagaimanapun bagi tujuan bayaran akhir, bayaran boleh diuat kepada pihak Amanah Raya.  Nasihat mengenai tindakan yang perlu diambil hendaklah diperolehi daripada pihak Akauntan atau Penasihat Undang-undang yang mana berkenaan